Sejarah buktikan pemilihan PBT dibatalkan

takiyuddin2
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejarah telah membuktikan bahawa saranan Suruhanjaya Diraja menyarankan agar pemilihan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dibatalkan atas sebab berlakunya ketidaktenteraman awam ketika itu.

- Advertisement -

Dari segi sejarahnya pemilihan jawatankuasa tempatan telah diadakan di Georgetown pada tahun 1951 atau 1952 kemudian diikuti oleh Selangor serta beberapa negeri lain.

Pandangan itu disuarakan Dato’ Takiyuddin Hasan (PAS-Kota Bharu) ketika mencelah dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, semalam.

Katanya, sejarah juga membuktikan bahawa di akhir tahun 60-an oleh kerana suasana tidak tenteram dalam masyarakat terutamanya di bandar satu Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan.

“Ia dipengerusikan seorang menteri dan memberikan pandangan agar pemilihan PBT dibatalkan.

“Persoalan yang inginkan penjelasan dari menteri untuk kerajaan yang ada akan meneruskan pemilihan kerajaan tempatan atau pungutan suara dari rakyat.

“Pungutan tersebut bukan sahaja dari luar bandar bahkan semua peringkat untuk melihat respons berkaitan pemilihan kerajaan tempatan wajar diteruskan ataupun sebaliknya,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 2/8/2018

- Advertisement -