62 peratus sokong cuti hari Jumaat

- Advertisement -

TEMERLOH: Rata-rata rakyat Pahang melahirkan sokongan terhadap cadangan PAS untuk menjadikan hari Jumaat cuti mingguan sama seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

- Advertisement -

Malah berdasar ‘tinjauan’ enam hari laman sosial Pahang Sejahtera mendapati 62 peratus memberi respon bersetuju, manakala 38 peratus menentang.

Undian itu membabitkan 9,600 pengunjung laman sosial tersebut, milik Badan Perhubungan PAS Pahang.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim berkata, dalam lebih 9,000 pengunjung laman sosial Pahang Sejahtera menyatakan pendirian masing-masing terhadap kajian tersebut.

“Sokongan tersebut menunjukkan rakyat negeri ini menyokong pertukaran hari cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.

Cadangan pertukaran cuti mingguan dibawa oleh Adun Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abd Jabar pada sidang Dun Pahang baru-baru ini.

Malah cadangan itu pernah dibentang pada persidangan Dun penggal lepas namun ditolak kerajaan BN. – HARAKAHDAILY 2/8/2018

- Advertisement -