PRK Sg Kandis: Pilih yang lebih baik

Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin
- Advertisement -

ALOR SETAR: Ahli dan penyokong PAS di Dun Sungai Kandis dinasihati memilih calon dari parti yang dilihat lebih baik dan kurang membawa kemudaratan kepada rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu yang akan diadakan pada 4 Ogos ini.

- Advertisement -

Demikian disarankan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, ketika dihubungi Harakah di kediamannya pagi tadi.

Katanya lagi, PAS mempunyai dasarnya tersendiri dan setakat ini tiada sebarang keputusan yang dibuat oleh parti itu melanggar dasar berkenaan.

“Sebagai salah seorang Ahli Majlis Syura, apa saja keputusan yang PAS buat setakat ini belum lagi terkeluar atau menyanggahi dasar parti.

“Oleh itu andainya ada pemimpin PAS yang secara terbuka memberi sokongan kepada calon dari BN, ia tidak terkeluar dari dasar PAS kerana kita dibenarkan untuk memihak kepada yang lebih ringan bahayanya dari keduanya (BN dan PKR),” ujar beliau.

Tambahnya lagi, walaupun setakat ini PAS tidak mengeluarkan arahan secara khusus namun ahli dan penyokong PAS di Sungai Kandis dapat menilai dan membuat pemilihan yang bijak mana satukah antara kedua-dua calon yang bertanding sama ada dari BN atau PKR.

Justeru itu, wakil dari parti yang lebih cenderung membawa kemudaratan kepada rakyat dan politik negara sewajarnya ditolak. – HARAKAHDAILY 1/8/2018

- Advertisement -