Jangan wujudkan kerajaan dalam kerajaan

nasrudin3
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengharapkan amalan mewujudkan kerajaan dalam kerajaan tidak dilakukan dalam apa jua wajah pada zaman ini.

- Advertisement -

Menurutnya, pada zaman BN berkuasa dan menjadi kerajaan dahulu, mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan di Kelantan.

“Segala urusan projek pembangunan pusat ke negeri akan disalurkan melalui jawatankuasa ini, tidak melalui kerajaan negeri. Ianya seperti kerajaan dalam kerajaan,” ujarnya menerusi tulisan dalam laman sosial Facebook

Kaedah itu, katanya dibantah keras oleh semua khasnya pembangkang pada masa itu termasuk rakan-rakan dari PH yang kini menjadi kerajaan di Persekutuan kerana ia menafikan amalan demokrasi.

“Justeru saya mengharapkan, amalan mewujudkan kerajaan dalam kerajaan ini tidak dilakukan dalam apa jua wajah pada zaman ini jika benar mahu merajah Malaysia Baharu,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 31/7/2018

- Advertisement -