SST langkah ke belakang, penuh kelemahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan disifatkan sebagai langkah ke belakang, demikian bidas Awang Hashim (PAS – Pendang).
 
Malah tempelaknya, tindakan itu juga tergesa-gesa dan tanpa mengadakan langkah penerangan atau konsultasi sebagaimana dibuat pihak Kastam DiRaja Malaysia sebelum melaksana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dahulu.
 
Menurutnya, SST terdedah kepada manipulasi harga, selain peniaga tidak mengisytihar jumlah pendapatan sebenar dan kelemahan seperti penentuan harga pindahan, ‘ekonomi hitam’ dan percukaian berganda.
 
“Mengapa kerajaan masih mahu bergantung kepada cukai kepenggunaan sedangkan lebih banyak ruang dan peluang dalam masa menerokai cukai selainnya? Di dalam Dokumen Hijau PAS, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang kita sudah pelan membuat, merancang sehingga tahun 2051.
 
“PAS telah mencadangkan supaya dilaksanakan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham. Yang mana kita dapati ‘rolling transaction’ yang berlaku dalam pasaran saham ‘monthly and annually’ RM1.5 sehingga RM1.8 trillion.
 
“Jadi kalau kami cukai (daripada jumlah tersebut) mengikut kaedah Islam 2.5 peratus, kita akan mendapat lebih kurang RM50 billion setahun. Ini pusingan yang dimain oleh orang-orang kaya. Inilah yang kita cadangkan iaitu Cukai Korporat dan juga cukai di pasaran saham,” utara beliau. – HARAKAHDAILY 28/7/2018

- Advertisement -
- Advertisement -