Pinda Perlembagaan, elak jumlah genap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parlimen dicadang supaya mengadakan pindaan Perlembagaan untuk menjadikan jumlah keanggotaan perwakilannya berjumlah ganjil, demikian kemuka Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu) semasa membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat.
 
Katanya, jumlah genap ketika ini iaitu 222 Ahli Parlimen boleh menjurus kepada masalah sebagaimana berlaku di Dun Kedah yang hampir tergantung (hang) apabila kerajaan dan pembangkang mempunyai majoriti sama dengan masing-masing 18 kerusi.
 
Hal tersebut dalam utaranya di Parlimen semalam, hingga menimbulkan masalah untuk lantik Speaker kerana Dun Kedah mempunyai jumlah genap iaitu 36 kerusi sebagaimana juga Dun Terengganu dengan 32 kerusi.
 
Perkara itu dibayangkan sebagai satu kemungkinan oleh beliau, kerana melibatkan keabsahan atau legitimasi sebuah kerajaan di mana hal sama pernah hampir terjadi pada pilihan raya yang lalu juga.
 
Dalam ucapannya, Takiyuddin turut menyentuh mengenai konsep pengasingan kuasa antara badan Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman yang menjadi amalan negara demokrasi. – HARAKAHDAILY 26/7/2018

- Advertisement -
- Advertisement -