2 jalan, 2 persepsi

- Advertisement -

DALAM dunia ini hanya ada 2 jalan. Golongan yang menelusuri 2 jalan itu, mempunyai kamus sendiri yang mendefinisikan persepsi masing-masing.

- Advertisement -

Nabi Musa mendakwa Firaun itu melampaui batas kerana menekankan kekufuran ke atas rakyat. Firaun pula mendakwa kononnya Nabi Musa melampau kerana mengancam kedudukannya lagi tidak mengenang budi.

Bagi Rasulullah, Musyrikin Quraisy tersesat dari fitrah mereka. Bagi Musyrikin Quraisy pula, Nabi kononnya seorang pemecah belah yang cukup bahaya.

Golongan beriman mendakwa puak munafik sangat bodoh kerana cuba menipu Allah sedangkan mereka menipu diri sendiri. Puak munafik pula menganggap kononnya golongan beriman bodoh kerana memilih jalan yang tiada masa depan dunia.

Pendakwah yang tegas dengan dakwahnya menganggap masyarakat yang pincang pasti merosakkan kedamaian. Bagi masyarakat yang pincang pula, kononnya pendakwah itu mengganggu kedamaian mereka bersuka ria.

Kita menganggap Amerika sebagai pengganas sebenar kerana mengancam keamanan dunia. Amerika pula menuduh kononnya Islam sebagai ajaran pengganas dengan kempen Islamophobia mereka.

Seseorang yang cuba membongkar dan menentang penyelewengan menganggap koruptor adalah pengkhianat. Manakala koruptor pula menganggap kononnya orang yang cuba membongkar penyelewengannya sebagai pengkhianat dan tiada sifat setia kawan.

Begitulah realiti pertembungan di dalam dunia sejak dahulu hingga kiamat. Masing-masing dengan dakwaan masing-masing. Persoalannya kita mahu ikut kamus Islam atau kamus nafsu? Sedangkan dunia hanya sementara.

ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
26 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 26/7/2018

 

- Advertisement -