Manifesto: Kitab suci mewajibkan tunai janji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Manifesto bukan kitab suci tetapi satu janji yang perlu ditunaikan dan harus dipegang bukan sahaja orang Islam termasuk semua agama.

- Advertisement -

Demikian kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) ketika menjawab celahan Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Seri Ismail Mohamed Said yang meminta pencerahan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan manifesto PRU Pakatan Harapan bukan janji dan bukan kitab suci.

“Walaupun manifesto ini bukan kitab suci tapi satu janji. Kitab suci mewajibkan kita tunaikan janji ini hakikat yang kita perlu pegang sebagai bukan sahaja orang Islam termasuk semua agama,” jelasnya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.

Ujarnya lagi, berhubung isu pemberian royalti minyak adalah perjanjian melibatkan kerajaan negeri, Persekutuan dan Petronas yang telah dimeterai sejak 20 tahun lalu.

Presiden PAS itu menambah, perkara tersebut perlu dirujuk dan tidak boleh sekali-kali melanggar perjanjian.

Beliau memberi pandangan tersebut bagi menjawab celahan soalan dari Ahli Parlimen Kuala Krau yang bertanyakan mengenai pendirian kerajaan pusat bahawa 20 peratus pemberian royalti minyak adalah bukan pemberian mutlak kerajaan tetapi hanya berdasarkan kepada keuntungan Petronas. – HARAKAHDAILY 23/7/2018

- Advertisement -