Veteran PAS Pokok Sena meninggal dunia

ziarah
- Advertisement -

POKOK SENA: PAS Kawasan Pokok Sena kehilangan seorang veteran yang sebelum ini antara yang banyak memberi sumbangan untuk pembangunan parti di kawasan ini.

- Advertisement -

Cikgu Mahmud Ahmad, 86, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 8.00 pagi tadi akibat sakit tua.

Menurut YDP kawasan, Wan Romani Wan Salim, allahyarham merupakan bekas bendahari PAS kawasan dan juga pernah memegang amanah selaku bendahari Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena. (Foto atas: KENANGAN…Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin ketika menziarah Cikgu Mahmud.)

“Jasa beliau kepada PAS Kedah dan Pokok Sena sangat besar. Beliau sanggup mengorbankan harta benda, wang ringgit dan tenaga untuk perjuangan PAS,” ujar beliau.

Katanya, allahyarham adalah bekas guru besar dan pernah menjadi calon PAS dalam PRU memberi komiten kepada PAS sehingga akhir hayat.

“Saya mewakili PAS Kawasan Pokok Sena mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau dan semoga bersabar di atas kehilangan ini,” sambung Adun Bukit Pinang itu lagi.

Jenazah Cikgu Mahmud yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Durian selepas solat Asar. – HARAKAHDAILY 22/7/2018

- Advertisement -