‘Peace consultant’ LTTE atau pengkagumnya?

- Advertisement -

DALAM akhbar The Star hari ini muka 14 bawah tajuk “Ramasamy: Saya perunding keamanan buat LTTE dan Sri Lanka”, pemimpin DAP dan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang Dr P. Ramasamy menafikan pembabitannya di dalam kumpulan pengganas LTTE atau “Liberation Tigers of Tamil Eelam“.

- Advertisement -

Beliau mendakwa tuduhan pembabitan beliau itu direka-reka sedangkan beliau terlibat membawa keamanan di wilayah sana.

Perunding bebas sepatutnya punya pemikiran bebas dan jujur mahu mengusaha dan menjuarai keamanan. Tidak bias dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Benarkah Ramasamy begitu.

Berikut salah satu petikan tulisan Ramasamy yang jelas menunjukkan beliau bukan sekadar perunding keamanan tetapi cenderung dan mengagungkan perjuangan LTTE yang diketuai mendiang Prabakaran (Ketua LTTE yang mati ditembak pihak berkuasa). Dalam tulisan ini Ramasamy menghargai dan mempertahankan perjuangan LTTE dan Prabakaran.

“Super powers, regional powers, the Sinhala regime and Tamil opportunists and traitors might spew venom against the LTTE and its leader Prabakaran, but the fact remains his memory and what he stood for and what he sacrificed will remain forever etched in the minds of Tamils and their future generations.”

Sumbernya boleh didapati meluas di internet. Bagaimana Rama? – HARAKAHDAILY 21/7/2018

 

 

- Advertisement -