Takziah kepada keluarga Dr. Ishaq Farhan

ishaq
- Advertisement -

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Dr. Ishaq Farhan yang telah kembali ke rahmatullah. Beliau merupakan pimpinan Jabhat al-‘Amal al-Islami Jordan yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Presiden Universiti Jordan dan Universiti Swasta Zarqa.

- Advertisement -

Marilah kita mendoakan semoga ruh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Semoga keluarga almarhum juga diberi kesabaran dan ketabahan di atas ujian yang menimpa.

ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 18/7/2018

ishaq

- Advertisement -