Rancang wang royalti sejak zaman Tok Guru

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggunakan wang royalti minyak untuk pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmab Yakob berkata, dana itu akan digunakan mengikut perancangan yang dibuat kerajaan negeri.

“Sebagaimana perancangan dibuat sejak zaman almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga kerajaan negeri hari ini.

“Kita telah ada beberapa perancangan sekiranya wang royalti minyak dipulangkan kepada kerajaan negeri,” katanya selepas menyampaikan watikah pelantikan ahli-ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad.

Baru-baru ini Naib Presiden PAN, Husam Musa dilapor meminta kerajaan negeri menyenaraikan program yang akan diadakan setelah menerima royalti. – HARAKAHDAILY 17/7/2018

- Advertisement -