Orang kafir dimuliakan, Muslim diaibkan

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Tindakan Muslim memuliakan kaum kafir, sebaliknya mengaibkan golongan beriman adalah kejahilan yang menunjukkan ia lupa adanya Allah dan Hari Akhirat.
 
Pendakwah, Ustaz Mat Esa Deraman berkata, Muslim seperti itu telah tertutup sebelah matanya untuk melihat kebaikan orang Islam, sedang satu mata lagi dimilikinya pula juling.
 
“Hingga dia cuma nampak kebaikan orang kafir, lupa keaiban-keaiban yang banyak. Sekiranya orang kafir buat segala kebaikan atas dunia, tetapi syirik kepada Allah, tetap tidak ada nilai sedikit pun di sisi Allah.
 
“Dimuliakan orang kafir, letak di tempat setinggi-tingginya. Kata baik orang kafir yang amanah daripada orang Islam yang korup. Orang Islam nampak aib belaka, tak pandailah, tak tahu mengurus, tak bijak, tak berintegriti,” bidasnya sambil menegaskan bahawa hal dunia tidak ada dua pilihan.
 
Jelasnya, hal dunia mempunyai banyak pilihan, tetapi pilihan paksa sedemikian sengaja diwujudkan kerana dari awal orang itu telah tidak melihat kebaikan Muslim.
 
Sebaliknya orang seperti itu ujar beliau, perlu disoal balas menyatakan pilihannya antara seorang Muslim yang jujur dengan kalangan kafir dilaknat Allah.
 
Bahkan tegasnya, Rasulullah S.A.W juga mengingatkan peringatan supaya jangan berkawan melainkan dengan orang beriman.
 
“Orang beriman diredai Allah atau kafir yang dilaknat Allah, mana kamu nak jadikan pemimpin? Kena ingat, di Akhirat dan dalam Syurga nanti, yang beri syafaat kepada kita adalah orang beriman.
 
“Orang kafir tidak boleh beri syafaat dan tidak boleh terima syafaat. Sedangkan Nabi kata berkawan pun dengan orang beriman, maka nak angkat orang kafir jadi pemimpin lagilah tidak boleh,” jelasnya.
 
Tambah beliau, hanya orang beriman di dalam Syurga tanpa ada daripada kalangan kafir dan jika masih ada Muslim merasa orang kafir itu baik, maka itu penilaian di sisinya, tidak di sisi Allah.
 
Beliau memberi perumpamaan seorang anak yang tidak berbuat baik kepada ibu ayahnya, tetapi sangat baik dengan ramai orang di mana walaupun dinilai baik semua orang, hakikatnya di sisi Allah adalah anak derhaka.
 
Perkara tersebut terangnya, tidak menghairankan kerana ayah Nabi Ibrahim, isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth juga di dalam neraka kerana memilih kekufuran dari keimanan. -HARAKAHDAILY 16/7/2018
- Advertisement -