Mahu jaminan SUKMA bersiap dan selamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Stadium Mini Manjung yang menjadi antara prasarana bakal digunakan pada SUKMA 2018 diragui dapat disiapkan sebelum temasya itu September depan.

- Advertisement -

Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Hady Azman berkata, stadium tersebut dijadual siap sepenuhnya Januari lalu.

Malah, pihaknya juga bimbang mengenai keselamatan bangunan bersebelahan Majlis Perbandaran Manjung yang sedang dinaiktaraf itu serta sistem kawalan keselamatannya nanti.

“Perkara ini serius kerana melibatkan nyawa dan keselamatan khususnya para atlet dan awam. Jadi kami menggesa Kerajaan Negeri Perak melihat perkembangan pembangunannya.

“Proses naiktaraf ini perlu diberi perhatian serius supaya ia bukan sahaja siap sebelum SUKMA berlangsung, tetapi juga jaminan keselamatan tinggi,” serunya.

Beliau berharap perkara logistik tersebut dapat dipastikan selesai oleh pihak berwajib sebelum temasya berlangsung atas semangat kesukanan dan menjaga nama baik tuan rumah. – HARAKAHDAILY 16/7/2018

- Advertisement -