Muslimat istiqamah gerak agenda perjuangan

- Advertisement -
KUALA TERENGGANU: Muslimat PAS perlu giat turun ke medan antaranya aktiviti ziarah dalam meneruskan agenda kebajikan, sekali gus merealisasikan manifesto PAS membantu rakyat.
 
Ketua Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman berkata, usaha tersebut boleh dilakukan oleh Skuad Khidmat dan Ameerah Care bersama entiti Kerajaan Negeri.
 
Jelas beliau, pelaksanaan hal ehwal seperti itu dapat mengukuhkan persaudaraan dan kasih sayang sesuai sebagaimana anjuran Islam.
 
Perkara itu diucapkannya pada ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Terengganu Kali Ke-45 di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, dinsini semalam.
 
Tambah beliau, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagaskan PAS menjadikan politik berasas amar makruf nahi munkar itu menuju untuk membawa kesejahteraan hidup.
 
Terangnya, disebalik cabaran yang melanda, politik PAS tidak hanya untuk mendapat kuasa semata-mata, tetapi tanggungjawab dan kasih sayang sesama manusia. -HARAKAHDAILY 15/7/2018
- Advertisement -