T’ganu sedia taja tangan palsu adik Khumaira

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu bersetuju menaja tangan palsu buat Adik Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli yang terputus tangan kiri hingga paras bahu dalam satu kemalangan baru-baru ini di Binjai Bongkok, Marang.

- Advertisement -

khumaira“Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati bersetuju untuk menaja tangan palsu buat Adik Khumaira,” ujar Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi laman sosial Facebook beliau, pagi ini..

Beliau juga akan meluangkan masa untuk menziarahi Nur Zulaikha Khumaira, 7, dalam masa terdekat.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu beliau meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya lagi.

Dr Ahmad Shamsuri berharap Adik Khumaira dan keluarga tabah dan cekal menerima dugaan yang berat itu.

Tangan Adik Khumaira putus apabila baju sejuk yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Media melaporkan pembedahan untuk menyambungkan tangannya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tidak berjaya berikutan keadaan anggota badan itu yang cedera teruk. – HARAKAHDAILY 14/7/2018

- Advertisement -