Wacana PAS-Kristian di gereja The King

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: PAS meneruskan usaha mendekati masyarakat bukan Islam dengan mengadakan wacana bersama Father Victor dan pimpinan komuniti Kristian Sungai Petani baru-baru ini.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kedah, Ustaz Ahmad Fadzli Hashim berkata, pada perjumpaan itu beliau memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa berkaitan hubungan masyarakat Islam dengan bukan Islam. (Foto: Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menerima cenderahati daripada wakil Gereja Jesus The King.)

Katanya, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan mendiskriminasi penganut agama lain, malah sentiasa mengamalkan sikap terbuka.

“Wacana berkenaan bukan sahaja menangkis tohmahan kononnya PAS tidak membuka ruang terhadap agama lain, malah dapat mewujudkan kesefahaman dua hala dengan masyarakat bukan Islam.

“Islam bersifat universal dan sejagat. Program tersebut bukan sahaja merapatkan ukhuwah malah dapat membuang prasangka nagetif tentang Islam,” katanya di sini.

Hadir sama pada program di Gereja Jesus The King itu, Pengerusi Lajnah Dakwah, PAS Sungai Petani, Ustaz Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 13/7/2018

- Advertisement -