Sektor perundangan, kehakiman dikuasai bukan Islam?

nasrudin3
- Advertisement -

KINI lengkap posisi tiga serangkai pada sektor judisiary dikuasai oleh figure yang sangat meresahkan umat Islam.

- Advertisement -

Pertama: Pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal Undang-Undang) – Datuk Liew Vui Keong

Kedua: Pelantikan Peguam Negara pada 5 Jun 2018 – Tommy Thomas

Ketiga: Pelantikan Ketua Hakim Negara pada 11 Julai 2018 – Tan Sri Richard Malanjum

Kerajaan PH sekali lagi berjaya pecah rekod pelantikan Ketua Hakim Negara dari kalangan bukan Islam sejak pertama kali ia diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia 1963 dengan nama awalnya Lord Presiden.

Hanya Lord Presiden yang pertama terdiri dari kalangan bukan Islam iaitu Tun Sir James Beveridge Thomson.

Melihat 3 posisi penting ini telah diisi oleh figure yang sangat meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

Terutama melihat kepada rekod penghakiman Ketua Hakim Negara yang baharu ini, terdapat corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islam.

Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan boleh “memekakkan” telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak “membutakan” mata dari melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini.

Reaksi bimbang dan teguran umat Islam telah jelas kedengaran sejak dari pelantikan Peguam Negara tempoh hari lagi. Kini pelantikan Ketua Hakim Negara pula bakal mengundang petaka buat umat Islam.

Langkah kerajaan Pakatan juga dilihat tergesa-gesa dan tergopoh-gapah. Entah apa yang dikejar. Peletakan jawatan Tun Md Raus Sharif hanya berkuatkuasa pada 31 Julai. Pelantikan TS Richard Malanjum semalam menjadikan kini Malaysia mempunyai dua orang Ketua Hakim Negara sebelum berakhir 31 Julai ini.

Mungkinkah juga Tun Md Raus telah dipaksa untuk membuat surat perletakan jawatan yang baru berkuatkuasa serta merta?

Jika masih kekal peletakan jawatannya efektif pada 31 Julai, maka apakah ini suatu langkah yang berperlembagaan?

Apakah ia juga bermakna sudah ada campurtangan kerajaan dalam sistem judiciary?

Episod apa lagi yang bakal disaksikan oleh umat Islam selepas ini. Sudahlah Islam terumbang ambing di zaman kerajan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya ke arah yang lebih teruk dan buruk.

Apakah situasi ini meletakkan umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Syawal 1439 | 12 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 12/7/2018

- Advertisement -