Rumah Terbuka PAS Tawau dirai masyarakat

- Advertisement -
TAWAU: Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Tawau telah berlangsung dengan meriah dan dihadiri kira-kira 6, 000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat serta kaum dan agama.
 
Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Pejabat PAS Tawau, Jalan Haji Karim, di sini kelmarin
 
Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain menyifatkan kehadiran tetamu dari pelbagai peringkat, kaum dan agama mencerminkan keterbukaan PAS diterima masyarakat Tawau.
 
Beliau turut mengulangi dengan menyatakan iltizam PAS Tawau untuk terus menjadi parti tarbiyah, dakwah dan siyasah.
 
Tambah beliau lagi, PAS Tawau akan terus membina hubungan baik dengan masyarakat menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
 
Disamping itu, PAS Tawau ujarnya, akan meneruskan program-program pendidikan melalui PASTI, TASTI, SRITI, Madrasah Darul Hidayah dan KAFA OKU di Tawau.
 
Turut hadir adalah pemimpin politik dari parti kerajaan dan pembangkang di negeri itu. -HARAKAHDAILY 10/7/2018
- Advertisement -