Makin ramai Orang Asli hayati Islam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sambutan Hari Raya bersama masyarakat Orang Asli di Mendrod, Gua Musang mendedahkan pendidikan agama dan pemantapan akidah Islam kepada saudara baru suku kaum Temiar.

- Advertisement -

Program itu diadakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Misi Kembara Dakwah (MKD) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Penaung MKD, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, usahasama itu membuahkan hasil apabila penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kelantan semakin meningkat.

“Bagi memastikan penghayatan Islam di kalangan penduduk terbabit terus kekal, kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan sangat diperlukan,” katanya pada sidang media di sini semalam. (Foto: Dr Wan Zawawi Wan Ismail bersama pegawai PKINK mempamerkan poster sambutan Hari Raya bersama masyarakat Orang Asli.)

Pada 13 dan 14 Julai ini Misi Kembara Dakwah dan Maik akan menganjurkan ‘Program Ghiyouhh Raya’ di Pos Mendrod, Gua Musang.

Program dua hari turut diadakan malam kesenian Islam, kelas fardhu ain, pemeriksaan kesihatan, qiamulail berjemaah, ziarah rumah ke rumah keluarga Islam dan sukaneka.

Dianggar seramai 300 sukarelawan MKD dari seluruh negara akan terlibat bersama 42 kenderaan seperti pancuan empat roda, motosikal, kereta dan bas.

Pengerusi MKD, Ustaz Khalik Mat Zari berkata, pihaknya membantu Maik dan Jaheik melaksanakan kerja dakwah dan pengembangan agama Islam kepada penduduk di kawasan pedalaman. – HARAKAHDAILY 10/7/2018

- Advertisement -