PAS Besut tingkat prestasi PRU14

- Advertisement -
BESUT : Walaupun masih belum mencapai kemenangan, namun Muslimat PAS Kawasan Besut bersyukur dapat mengurangkan undi BN pada PRU-14 yang lalu.

 
Ketuanya, Napisah Ismail berkata, PAS berjaya  menang satu kerusi di Dun N.02 Kota Putera dan dapat mengurangkan majoriti di Dun lain.
 
Menurut beliau, terutama sekali di Dun Kuala Besut yang dahulunya majoriti besar, tetapi sekarang hanya kalah dengan 143 undi sahaja.
 
“Kita nampak dari sudut pimpinan dan ahli-ahli serta penyokong menunjukkan prestasi yang baik dan komitmen kerja bersungguh Pemuda, Muslimat dan Ameerah semua bekerja memberi kerjasama dengan kita.
 
“Serta penyokong kita yang kuat PAS tapi mereka tidak dapat bersama dengan kita di barisan hadapan bersama-sama dibelakang tabir contohnya mereka memberi sumbangan dari sudut idea kewangan,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Muslimat PAS Besut pada di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah di sini semalam.
 
Maklumnya, semua peringkat pada PRU-14 baru-baru ini memberi sumbangan tenaga kerja dan  prestasi petugas parti yang baik sehingga PAS mencapai kemenangan.
 
“Harapan kita (adalah) harapan rakyat, maknanya harapan semua sekali nak tengok satu hari nanti PAS dapat menjayakan semua manifesto yang  telah janjikan pada rakyat.
 
“Sebab manifesto yang kita rasa terbaik sekali, manifesto yang mempunyai kebajikan dan mengutamakan kebajikan kepada rakyat,” ujarnya.
 
Menurutnya, PAS dapat mengembalikan kepimpinan ulamak di negeri Terengganu apabila PAS dapat mentadbir teraju pemerintahan kerajaan.
 
Turut memeriahkan majlis jamuan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang, Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar dan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.

-HARAKAHDAILY 7/7/2018

 
- Advertisement -
- Advertisement -