LGBT: Bimbing ke pangkal jalan, bukan abai

- Advertisement -

KEMAMAN: Usaha mendepani isu-isu LGBT seharusnya ditangani ke arah pencegahan daripada merebak kerana ianya jelas perkara yang bertentangan dengan syarak.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, perkara tersebut sebagaimana ketegasan Allah memerintahkan Nabi Luth A.S untuk menangani perlakuan sumbang dan dilaknat itu.

Menurut beliau, sewajarnya di pihak kerajaan khususnya Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama bertindak agar masalah sedemikian tidak terus berleluasa.

Namun, sebaliknya kesali beliau, dilihat Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa kelihatan lebih ‘mesra’ terhadap golongan berkenaan hingga membiarkan mereka kekal sebegitu.

“Islam ke arah membimbing manusia dengan tidak membiarkan mereka terus kekal berada dalam keadaan jahiliyah dan kesesatan. Menjadi tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk mencegah kemungkaran termasuk LGBT.

“Dakwah kita adalah ke arah mereka menjauhi, meninggalkan dan bertaubat daripada kehidupan sedemikian. Malah, pencegahan dapat dibuat dengan undang-undang.

“Sebaliknya, Menteri bersikap ‘mesra’ hingga menjadikan perkara itu sebagai pilihan peribadi dan hak yang tidak ditangani secara sewajarnya,” tegur Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman itu. – HARAKAHDAILY 7/7/2018

- Advertisement -