Pengurusan kes petisyen Dun Tahan 16 Julai

- Advertisement -

TEMERLOH: Tarikh pengurusan kes petisyen Umno terhadap PAS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diadakan pada 16 Julai ini di Mahkamah Tinggi Temerloh.

- Advertisement -

Pengarah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pahang, Mohd Haris Abdullah berkata, pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan tarikh pengurusan kes berkenaan.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardan dari PAS dinamakan sebagai responden pertama.

Manakala Pegawai Pengurus Pilihan raya dan SPR sebagai responden kedua dan ketiga.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu Mohd Zakhwan mendapat 5,638 undi diisytiharkan menang dengan majoriti 69 undi mengalahkan calon BN Dato’ Seri Wan Amizan Abd Razak (5,569).

Manakala Nordin Samat dari Pakatan Harapan mendapat 945 undi dan undi rosak 227 undi.

Difahamkan antara tuntutan calon BN meminta mahkamah menyemak semula keputusan berikutan jumlah undi rosak melebihi undi majoriti. – HARAKAHDAILY 3/7/2018

- Advertisement -