Rumah Terbuka PAS Pulau Pinang meriah

- Advertisement -
KEPALA BATAS: Lebih 5,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang yang diadakan di Padang Gebu, Penaga, di sini semalam.
 
Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin Syeikh Fakhrurazi.
 
Para tetamu diraikan pimpinan PAS Pulau Pinang diketui Pesuruhjaya, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof dan Pengarah Pilihan Raya, Bukhori Ghazali serta Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah. 
 
Juga menyantuni hadirin adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus dan saf kepimpinan Dewan-dewan PAS Negeri serta PAS Kawasan.
 
Turut memeriahkan majlis adalah rakan Gagasan Sejahtera antaranta dari PCM Dr Huan Cheng Guan serta Penghulu Tinggi Pejabat Daerah, NGO Inspirasi Muallaf dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia Bagan.
 
Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dalam ucapannya menghargai kepercayaan pengundi Penaga kepada PAS dan bertekad agar agenda parti Islam itu terlaksana kepada penduduk. 
 
Berbagai juadah disediakan seperti nasi berlauk, ketupat, sate, mee , bihun sup, ais kacang, cucur udang, cendol dan beraneka jenis kuih muih.  
 
Kaunter seperti keahlian PAS, Skim PAS, SMART PAS, SPR, DACS, ARC, juga kaunter Yayasan Amal turut dibuka bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung yang hadir.
 
Majlis diserikan lagi dengan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang telah disempurnakan oleh barisan kepimpinan PAS Negeri dan Dun Penaga. -HARAKAHDAILY 2/7/2018
 
- Advertisement -