Kerajaan negeri juga bertimbang rasa – Mustapa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed bersyukur cadangan kerajaan negeri memberi peruntukan kepada pembangkang.

- Advertisement -

“Kita harap kerajaan negeri juga akan bertimbang rasa dan ada rasa ihsan untuk wakil pembangkang selain tanda ingatan. Kita ucapkan terima kasih.

“Kerajaan pusat sudah mengumumkan kesediaan untuk memberi RM100,000 kepada semua wakil pembangkang bagi melaksanakan projek walau pun kecil kita tetap terima,” katanya yang juga Adun Air Lanas selepas majlis angkat sumpah Adun di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Semalam Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri yang ditadbir PAS setuju menyalurkan peruntukan kepada Adun pembangkang di Kelantan.

Di Dun Kelantan terdapat lapan wakil rakyat pembangkang berbanding 12 orang pada penggal lepas.

Sedangkan sebelum ini ketika BN mentadbir Putrajaya wakil rakyat pembangkang sama ada di peringkat negeri atau parlimen langsung tidak diberi sebarang peruntukan. – HARAKAHDAILY 28/6/2018

- Advertisement -