Pacu T’ganu ke depan – Dr Samsuri

- Advertisement -

SETIU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru agar seluruh jentera dan rakyat memberi kerjasama kepada kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dan kemajuan negeri yang lebih baik.

- Advertisement -

“Apa yang telah lepas biarkan berlalu dan kerajaan baharu akan membaik pulih dan meningkatkan kesejahteraan penduduk kepada suatu tahap yang lebih cemerlang.

“Kita faham negeri Terengganu ini dikurniakan Allah komoditi dan sumber asli yang banyak dan sekiranya kita dapat manfaatkan dengan kerajaan dan rakyat (bekerjasama) insya-Allah kita mampu menjadi Terengganu lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang ini,” katanya.

Perkara itu diucapkannya ketika Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Setiu di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, di sini semalam, demikian lapor Buletin Online.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Setiu, Rosli Awang; Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Zulkafeli Omar; Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago Berhad, Che Wan Nadri Wan Fauzi.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir dan Penyelaras Dun Permaisuri, Zulbahri Abd Rahman serta Penyelaras Dun Langkap, Azmi Maarof.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Petronas secara khususnya yang telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di negeri itu.

“Kerjasama ini yang kita perlukan wujud antara kerajaan dengan agensi dan syarikat-syarikat yang beroperasi di Terengganu dan kalau ada lagi (dari Petronas) kita harap banyak lagilah (program kebajikan dan kemasyarakatan),” ujar Dr Ahmad Samsuri. -HARAKAHDAILY 26/6/2018

- Advertisement -