Simpati apa yang dialami Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad bersetuju dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan simpati atas apa yang dialami beliau.

- Advertisement -

UIA5“Mana boleh buat tuduhan tanpa bukti. Bawa bukti bukan tuduh semberono saja. Inilah konsep yang Islam ajar, bukan main fitnah je,” ujarnya sebagai repons kepada penafian Azmin tehadap dakwaan menerusi blog bahawa beliau memiliki wang lebih RM300 juta dalam beberapa akaun bank di luar negara.

Katanya, itulah yang PAS kena selama ini.

“Buat tuduhan, kemudian suruh PAS saman, tuduh PAS dapat RM90 juta. Mereka bicara di mahkamah media,” ujarnya lagi.

Ini, menurutnya, kerana mereka tahu proses mahkamah lambat tetapi apa yang penting cita-cita politik tercapai.

Selepas itu, katanya mereka meminta maaf apabila mahkamah membuat keputusan.

“Imej seorang telah rosak dihukum di media seperti kes TS (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

Beliau faham betapa peritnya menghadapi fitnah itu.

Justeru, katanya orang yang melakukan fitnah itu akan insaf apabila terkena atas kepalanya sendiri, keluarga atau gengnya.

“Selagi tak kena kepalanya memang seronok,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semoga Azmin sabar menghadapi dugaan itu dan Allah akan menunjukkan siapa pihak yang benar dan salah. – HARAKAHDAILY 25/6/2018

 

- Advertisement -