PRU15 dianggap lebih mencabar

- Advertisement -

KOTA  BHARU: Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dianggap lebih mencabar di bawah kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, dengan perkembangan itu menuntut petugas dan pendokong PAS di semua peringkat perlu bekerja bermula sekarang.

Begitu juga katanya, pendokong PAS di Kelantan dan Terengganu perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi PRU 15.

“Seluruh anggota parti jangan tunggu hampir PRU bagi melaksanakan gerak kerja parti. Kita perlu kehadapan dalam konteks tersebut,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kota Bharu hari ini.

Pada program itu petugas PAS, kakitangan lantikan politik termasuk penghulu di Parlimen Kota Bharu menerima sumbangan Hari Raya.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu turut merakam ucapan terima kasih kepada petugas yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mempertahankan kerajaan Islam Kelantan. – HARAKAHDAILY 10/6/2018

- Advertisement -