Anak muda bangkit tolak Umno di Terengganu

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Terengganu dapat mengesan lebih awal kebangkitan anak-anak muda sehingga memberi peluang PAS kembali mentadbir negeri itu.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kebangkitan anak muda menyokong gerakan Islam dan menolak Umno begitu ketara sejak awal lagi.

“Program yang dianjurkan PAS sama ada dalam bentuk ceramah kehadirannya dimonopoli anak-anak muda.

“Pada hari mengundi pun saluran satu dan dua telah lama habis, sebaliknya saluran anak muda masih dipenuhi mereka sehingga beratur panjang untuk mengundi,” ujarnya selepas mengadakan kunjung hormat ke atas rakan sejawatnya, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di Kota Darulnaim semalam.

Hadir sama Adun Tepoh Hishamuddin Abdul Karim. Turut hadir pada pertemuan itu anggota parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Ustaz Mohamad Kamal Mohd. – HARAKAHDAILY 5/6/2018

- Advertisement -