Kemalangan maut: MB Terengganu ucap takziah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada Mazlan Mohd Rashid yang kehilangan empat ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya di Lebuh raya Pantai Timur (LPT), semalam.

- Advertisement -

sa“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Encik Mazlan Mohd Rashid dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman yang kehilangan 4 orang ahli keluarga tersayang dalam kemalangan jalan raya di LPT,” ujar beliau menerusi laman Facebook.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.00 pagi di Kilometer 161.3 LPT, Maran, Pahang itu, isteri Mazlan, Azian Abdullah, 50, dan tiga anaknya iaitu Fatin Najwa, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10, meninggal dunia, sementara dua lagi, Mohd. Shahrul Ikram, 20, cedera ringan dan Fatin Nur Athirah, 19, cedera parah. (Foto daripada laman Facebook.)

Mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah di Taman Gemilang Cheneh, Kemaman, Terengganu.

“Semoga beliau dan keluarga tabah dengan dugaan ini, tambahan menjelang Aidifitri tidak lama lagi,” ujar Dr Samsuri lagi. – HARAKAHDAILY 4/6/2018

- Advertisement -