Agenda kebajikan PAS Gadek pasca PRU14

- Advertisement -
TAMPIN: PAS Dun Gadek dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah telah mengadakan program Jom Shopping Raya di Pasar Raya Ten Ten, di sini semalam.
 
Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Gadek, Mohamad Firdaus Shahudin, program tersebut merupakan agenda kebajikan dilaksanakan sepanjang Ramadan.
 
Maklum beliau, PAS Gadek konsisten dengan program kebajikan tidak bermusim dan secara khusus menggiatkan pelaksanaannya semasa Ramadan.
 
Katanya, antara lain dijayakan PAS Gadek adalah edaran kurma dan takwim Ramadan, sumbangan asnaf, bubur lambuk dan singgah sahur.
 
Sementara itu menurut Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Emransyah Ismail, program tahunan tersebut mensasarkan golongan fakir, miskin dan Orang Kelainan Upaya.
 
“Hasil sumbangan orang ramai, setiap penerima diperuntukkan RM150 untuk berbelanja,” ujar mantan calon PAS Gadek PRU14 itu.
 
Manakala Yang DiPertua PAS Alor Gajah, Ustaz Syabudin Senin pula berkata, PAS sentiasa komited dengan agenda tersebut sebagai tanggungjawab dan menunai amanah penyumbang.
 
Program tersebut turut disertai mantan calon PAS Parlimen Alor Gajah PRU14, Mohd Nazree Mohd Aris yang juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia. -HARAKAHDAILY 4/6/2018
 
- Advertisement -