Ziarah Ramadan PAS Papar santuni penduduk

- Advertisement -
PAPAR: PAS Kawasan Papar telah mengadakan program Ziarah Mahabah sempena Ramadan menyantuni warga penduduk dalam daerah itu kelmarin.
 
Ziarah diketuai Yang DiPertua PAS Papar, Salim Karim itu mensasarkan golongan ibu tunggal dan mereka yang memerlukan bantuan terutama di Kampung Kuala, di sini.
 
Menurut beliau, kunjungan tersebut merupakan amalan yang dilaksanakan pihaknya dalam menyemarakkan silaturahim terutama sesama saudara seagama.
 
Maklumnya, ia juga sebagai usaha mengimarahkan tuntutan Ramadan terutama tanggungjawab terhadap golongan mustad’afin yang menjadi perintah Allah kepada orang beriman.
 
Melalui program tersebut juga, rombongan PAS Papar mengambil maklum masalah diajukan penduduk, selain turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang perlu dibantu. -HARAKAHDAILY 4/6/2018
- Advertisement -