Ameerah Care Pmtg Pauh santuni wanita muda

- Advertisement -
PERMATANG PAUH: Ameerah Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan program Konvoi Ameerah Care melibatkan ketiga-tiga Dun dalam Parlimen itu, di sini kelmarin.
 
Konvoi Muslimat Muda PAS yang disertai 10 kereta itu telah disempurnakan pelepasannya oleh Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh, Ustazah Norhapiza Saad.
 
Misi kebajikan sempena Ramadan itu bertujuan menyampaikan pek sumbangan sebagai tanda ingatan dan khidmat serta kesantunan kepada golongan kurang berkemampuan.
 
Kalangan ibu tunggal, ibu tinggal, Orang Kelainan Upaya, sakit dan bilangan isi rumah ramai di Dun Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti menjadi perhatian pada konvoi itu.
 
Menerusi program tersebut juga, bertujuan mendedahkan para aktivis Ameerah untuk melihat sendiri kehidupan golongan yang diuji di mana menjadi tanggungjawab golongan beriman.
 
Menerusi ziarah itu, mereka menyampaikan sumbangan barangan asas rumah dan buku “Mudahnya Menjemput Rezeki” serta risalah kekeluargaan. -HARAKAHDAILY 4/6/2018
 
- Advertisement -