Ada pihak persenda Istana Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap tindakan pihak tertentu yang dianggap menghina Istana Kelantan berhubung larangan dua pemimpin PAN memasuki mana-mana istana.

- Advertisement -

Laporan itu dibuat setiausaha pemuda, Mohammad Kamal Mohamed semalam. Hadir sama Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan exco-exco pemuda. (Foto: Ustaz Ahmad Fadhli menunjukkan salinan laporan polis.)

Ahmad Fadhli berkata, selepas surat pekeliling bertarikh 27 Mei 2018 dikeluarkan, pelbagai kenyataan dimuat naik di media sosial oleh individu yang dianggap menghina sultan dan institusi raja.

“Satu blog menulis dalam kes ini siapa yang berlindung di bawah ketiak siapa… Ini menunjukkan seolah-olah Kerajaan Kelantan menjadi penasihat istana yang menyebabkan istana bertindak atas nasihat kerajaan negeri,” katanya.

Baru-baru ini pekeliling larangan terhadap Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua jabatan kerajaan negeri dan istana dikeluarkan.

Ahmad Fadhli yang juga anggota parlimen Pasir Mas berkata, tohmahan pihak terbabit sebagai fitnah terhadap kerajaan negeri dan penghinaan terhadap institusi beraja.

“Ia seolah-olah menggambarkan institusi diraja dikongkong kerajaan negeri dalam membuat keputusan,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/5/2018

- Advertisement -