Raya: Penjawat awam Kelantan terima RM500

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penjawat awam di Kelantan akan menerima sagu hati sebanyak RM500 pada Jumaat ini.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, duit sagu hati Hari Raya melibatkan peruntukan RM4 juta.

Katanya pemberian itu bertujuan meringankan beban penjawat awam termasuk kakitangan Yayasan Kelantan Darulnaim sempena Aidilfitri.

“Sumbangan tersebut kita harap mereka berbelanja untuk membeli kelengkapan Hari Raya,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan2018, di K ota Darul Naim, hari ini. Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kub, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan. 

Pada program itu seramai 100 penjawat awam yang memperoleh Penunjuk Prestasi Utama (KPI) tinggi mewajili jabatan masing-masing.

Menteri Besar juga berkata, anugerah itu diberikan sebagai menghargai penjawat awam yang banyak membantu kerajaan negeri.

“Diharap pemberian anugerah tersebut mereka akan terus menyumbang dan melakukan tugas dengan cemerlang,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2018

- Advertisement -