Mencetuskan polemik Hadis

RAND Corporation selaku antara badan pemikir Amerika melalui kertas perancangan mereka yang bertajuk ‘Civil Democratic Islam‘. Mereka telah menggariskan beberapa langkah untuk mensabotaj kebangkitan Islam, lantas digantikan dengan pembawakan Islam yang direstui oleh Barat.

Advertisement

Antaranya dengan mewujudkan polemik Hadis yang tidak berkesudahan antara golongan-golongan agamawan. Pertempuran tersebut bakal mengheret masyarakat awam agar turut hanyut. Lalu membuka ruang kepada pembenihan kekeliruan dan pertikaian terhadap kefahaman-kefahaman agama.

Ia sebagai kesan langsung dari semangat menilai semula kefahaman agama yang telah sedia diterapkan dalam sesebuah masyarakat Muslim, agar digantikan dengan sisi pandang baharu yang lebih sesuai dengan kehendak Barat.

Maka tidak hairanlah jika kita dapati, golongan yang mencetuskan perbalahan berkenaan Hadis, turut skeptikal terhadap kumpulan Islam. Prejudis mereka terhadap kumpulan Islam teramat tidak dapat diselindungkan.

Persoalannya, siapakah di belakang mereka?

Syeikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi menulis di dalam bukunya yang bertajuk ‘Baina al-Islam al-Rabbani Wa al-Islam al-Amrikani‘, telah mendedahkan beberapa ciri agamawan yang direstui oleh Barat. Antaranya adalah:

“Antara ciri pendakwah yang digemari oleh Barat adalah, pendakwah yang mengerahkan staminanya untuk bersungguh melawan gerakan Islam. Hanya suka mengkritik tokoh serta asyik menyalahkan agenda gerakan Islam. Pada waktu yang sama dia diam seribu bahasa terhadap musuh Islam yang sentiasa merancang kerosakan ke atas Islam”

Diulangi, sebenarnya siapakah di belakang mereka?

ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD 
29 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 29/5/2018

FB IMG 1527570193428