Tak ditanya profesional muda ramai PAS

PAS
- Advertisement -

HARI-hari awal kejatuhan BN di Putrajaya dan kemenangan bergaya PAS di Pantai Timur dan hampir menawan Kedah, ulasan sepanjang masa stesen TV Sinar-Awani ikut membincangkan kejayaan mengejut PAS oleh dua tetamu dari universiti.

- Advertisement -

subkySeorang laki-laki dan seorang Syarifah. Namanya tak ingat dan universitinya tak ingat. Jika tidak silap Syarifah itu dari Universiti Malaya. Saya puas hati atas ulasan bebas, akademik dan profesional. Rancaknya ia dihostkan dua penyiar tetap dan terkenal TV itu. Perbincangan itu tidak lagi pobia BN.

Hostnya yang menghidupkan perbincangan itu.

Menyentuh prestasi PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah, keempat-empatnya – dua host dan dua tetamu – seolah-olah terkejut dan mengkagumi kemenangan bergaya PAS itu.

Lama menjelang PRU 9 Mei itu negara diwar-warkan PAS akan tersepit hingga sifar Parlimen dan negeri Kelantan terlepas justeru aura Tok Guru sudah tiada. Sekalipun ada yang tidak pasti PAS tersungkur teruk tetapi tidak menyangka kejayaannya pda PRU itu kedua selepas Harapan.

Selepas Harapan menawan Putrajaya dan beberapa kerajaan negeri, PAS menang besar di Kelantan, merampas Terengganu dengan kemenangan besar juga serta ada peluang jadi kingmaker di Kedah. Jika tiada yang meninggalkan PAS selepas berpisah dengan Pakatan, nescaya Kedah jadi genggamannya.

Tiada mereka itu tahniah atas pencapaian PAS itu tetapi perbincangannya menghargai kejayaannya dalam PRU itu dan ia menggambarkan PAS masih relevan dan ada masa depan. Tidaklah ia mati kering bagai yang diharap oleh para pelariannya.

Syarifah itu megaku membuat banyak kajian dan tinjauan termasuk PAS. Baginya kini tiadalah boleh diperkecil parti Islam itu.

Dari kajiannya dia mendapati ramai orang profesional dalam parti itu termasuk yang muda-muda. Mana-mana parti yang ramai anak muda, maka masa depannya tidak dipandang sepi.

Dan dia kagum profesional muda itu tegar pegangannya terhadap Islam. Jika lepasan pondok begitu tidak ganjil tetapi yang tidak mendapat pendidikan formal Islam sama saja sikap dan fahamannya dengan lepas pondok ia adalah suatu menarik bahkan luar biasa.

Bukan baru anak muda lulusan konvensional cenderung dan berpendirian jelas Islam. Sebelum Abim disambar Umno, sudah ramai yang begitu dan setengahnya sudah jadi PAS tegar. Gerakan Islam ada tarbiyah, usrah dan tamrinnya. Tentu ia menyumbang perkembangan itu.

Syarifah itu menerima kewujudan aliran Islam dalam politik yang demokrasi sekarang. Yang dimahunya jangan PAS jadi Islam konservatif. Biarlah maju dengan Islam yang progresif. Tidak pula dia ditanya apa Islam progresif dan konservatif itu? Adakah Islam itu terbagi kepada lebai dan tidak lebai seperti sangkaan di zaman penjajah dan penjajah cuba bentuk?

Dalam Islam mana ada hadhari dan tidak hadhari. Arab Baduwi yang tahu Islam sikit-sikit lainlah pengertiannya dengan orang yang mendapat tarbyah dari Rasulullah SAW. Nasionalis ada tua dan mudanya. Islam tidak kolot dan tidak moden.

Syarifah sudah banyak mengkaji dan tinjauan. Tapi dia belum tinjau profesional muda itu mengapa ramai yang suka PAS? Adakah konservatif dan progresif dalam Islam.

Syarifah akan dapat jawapan yang memuaskan dari kajian lanjutnya nanti. Mungkin ia tidak sekadar puas hati justeru akademiknya, mungkin keterangan profesional muda itu mendorongnya mengisi borang keahlian PAS.

Jika kajian itu dibincang pula oleh TV Sinar-Awani tidak mustahil bertambah penyertaan PAS. – HARAKAHDAILY 27/5/2018

- Advertisement -