Edaran sahur eratkan JAM dan masyarakat

- Advertisement -
PUTRAJAYA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Putrajaya telah menjalankan edaran sahur yang telah diadakan di pusat pentadbiran negara itu pada awal pagi semalam.
 
Ziarah diketuai Komandan Amal Putrajaya, Anas Al-Asyura dan Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Ustaz Faizal Ibrahim itu menumpukan edaran kepada kakitangan awam beruniform yang bertugas.
 
Edaran juadah sahur itu telah diserahkan mereka kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Balai Polis Presint 11, Angkatan Pertahanan Awam dan Wad Kecemasan Hospital Putrajaya.
 
Program tersebut sebagai usaha Amal menyemarakkan Ramadan disamping mengeratkan hubungan kemasyarakatan, juga sanjungan kepada budi dan jasa anggota terbabit atas dedikasi tugas mereka.
 
Menerusi program sedemikian juga, menjadi platform memperkenalkan Jabatan Amal sebagai satu badan uniform sukarela yang turut siap siaga memberi khidmat kepada masyarakat dan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. -HARAKAHDAILY 20/5/2018
- Advertisement -