Menjaga perpaduan dalam pembentukan kerajaan negeri dan pusat

- Advertisement -

PAS memerhati dengan serius perkembangan politik semasa selepas PRU14 dalam tempoh pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perkara utama yang mesti dijaga adalah perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam fasa peralihan kuasa.

- Advertisement -

Selain itu, PAS memandang serius hal ehwal kepentingan Islam dan hak umat Islam yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan yang baru dilantik, selari dengan majoriti penduduk Malaysia dari kalangan Melayu Islam.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Syaaban 1439 / 14 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 14/5/2018

- Advertisement -