Penghargaan buat jentera PAS P. Pinang

- Advertisement -

PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan PAS hadir dengan kekuatan sendiri melalui blok Gagasan Sejahtera. PAS memperolehi keputusan cemerlang berjaya merampas Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan. Juga menjadi pembangkang yang kuat di Kedah dan Pahang.

- Advertisement -

Mewakili kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang, saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas atas segala usaha penat lelah ahli dalam memenangkan PAS. Kerja keras dan kesungguhan kalian dalam usaha di 24 kerusi Dun dan 8 kerusi Parlimen di Pulau Pinang adalah suatu sejarah yang sukar dilupakan.

Sekalipun kita kehilangan kerusi N.11 Permatang Pasir, namun Allah gantikan dengan kemenangan di N.01 Penaga. Oleh itu usah kecewa dan berputus asa, kerana Allah telah menggolongkan kita di kalangan orang yang menang andai kita terus bersama dengan Islam:

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap segala yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

(ali-‘Imran: 139)

Usaha yang penting sekarang ini adalah kita perkemaskan lagi jentera menjelang PRU15. Berjihadlah untuk memenangkan Islam pada PRU15 nanti dengan keyakinan kukuh Islam akan memerintah suatu hari nanti. Tidak ada kerajaan akan kekal melainkan Kerajaan Allah jua yang Maha Kekal. Allah adalah sebaik-baik Penolong bagi kita.

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.”

(Ali-Imran: 26)

Menang Tidak Angkuh
Kalah Tidak Rebah

الله اكبر ، الله اكبر ، الله اكبر

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang
Adun Penaga – HARAKAHDAILY 13/5/2018

- Advertisement -