Terima kasih dan jazakallah

- Advertisement -

SAYA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi Parlimen Kubang Kerian yang memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut.

- Advertisement -

Kecintaan ahli dan penyokong PAS Kubang Kerian tidak perlu dipertikaikan. Kubang Kerian terkenal sebagai kubu kuat PAS dalam apa jua situasi.

Sejarah membuktikan kesungguhan bekerja, kerjasama antara pimpinan dan kepatuhan kepada keputusan parti adalah asas kekuatan di Kubang Kerian. Isu ‘pemain import’ gagal mengikis sokongan pengundi kepada PAS.

Faktor kesetiaan kepada parti adalah asas manakala faktor calon hanya menambah perisa bagi menyedapkan perjuangan parti.

Lihatlah betapa setianya pimpinan dan ahli kepada keputusan parti. Bawalah siapa sahaja sebagai calon, mereka akan akur dan bekerja bagi memenangi parti. Inilah sikap yang sepatutnya menjadi contoh dan ikutan kepada semua pendukung PAS di negara ini.

Saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dengan pelbagai taklif yang terpikul di atas pundak saya. Semoga Allah ringankan taklif ini. Sepatah kata nasihat TGNA kepada saya: “Biarlah kita penat di dunia, mudah-mudahan kita rehat di akhirat.”

Salam hormat dari saya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
11 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 11/5/2018

- Advertisement -