Menunaikan taklifan baharu

- Advertisement -

SAYA akan merindui detik dan saat sebegini. Secara rasminya saya tinggalkan Profesion Doktor Gigi bila mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Terengganu semalam.

- Advertisement -

Klinik akan berpindah tangan kepada pemilik baru. Anakanda mantan MP Pengkalan Chepa yang kini Adun Kijang akan menjadi pemilik baru dan insyaAllah akan mula beroperasi semula Ramadhan ini.

Sebagaimana para pelanggan semua menyokong saya dulu, teruskan mengunjungi Klinik Gigi Dr Azman walaupun ia dah bertukar nama baru.

Setiap yang bermula ada akhirnya. Saya dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan baru yang berubah 480 darjah.

Semalam sebenarnya kali pertama saya menjejakkan kaki ke Istana Syarqiyah. Syukur kepada Allah, majlis angkat sumpah berjalan lancar. Seorang anak kampung perlu cepat belajar selok-belok protokol kerajaan serta urusan pentadbiran negeri.

Hari Isnin ini buat pertama kali MB dan Exco PAS Terengganu akan memasuki Wisma Darul Iman. Maka bermulalah satu lagi episod.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 11/5/2018

IMG 20180511 WA0047

- Advertisement -