Suasana pengundian di Perlis tenang

- Advertisement -

ARAU: Suasana pengundian di Perlis berlangsung dengan tenang dan sejahtera tanpa sebarang kontroversi.

- Advertisement -

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin telah membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Arau awal pagi tadi.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli pula bersama isteri membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Musa, Kampung Sungai Padang, Simpang Empat tengah hari tadi.

Setelah selesai menunaikan tanggungjawab, Tuan Guru menyantuni para pengundi di sekitar kawasan Arau.

Calon PAS N15, yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Shukri pula menyantuni para pengundi di sekitar Dun berkenaan.

Di kawasan Parlimen Kangar pula, Ustaz Zahid Ibrahim selesai menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Dato’ Musa iaitu sekolah yang sama dengan calon bagi N.15. – HARAKAHDAILY 9/5/2018

perlis2

- Advertisement -