Suara penolakan anak muda terhadap BN

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH usai mengundi di Sekolah Kebangsaan Palong 4 bagi Dun Palong, Parlimen Jempol, saluran 3.

- Advertisement -

Beratur panjang, sambil rata-rata pengundi saluran tiga menyebut, kali ini tidak lagi beri BN, beri BN rehat dan mereka sudah lama menyusahkan.

“Kali ni kita ubah wan, kita nak bersama Malaysia Sejahtera,” suara seorang rakan sekelas semasa bersekolah rendah meluah rasa tanpa dipaksa dan diajukan soalan mahu undi apa.

Ketika calon BN Dun Palong, Shariff Nagoor bersama pengiringnya lalu dan bersalaman dengan penulis bersama mereka yang beratur, anak muda tidak sembunyikan lagi penolakan mereka, ada yang tidak malu menyebut “kali ini kami undi untuk hapus GST dan mansuh PTPTN”.

PAS bagi Dun Palong diwakili Ustaz Masdi Musa dan Parlimen pula Ustaz Mustafa Daharun yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Kedua-dua calon adalah anak tempatan.

Inilah suara anak muda kali ini, mereka tidak lagi sembunyi rasa dan secara terang mahu perubahan. Suara-suara ini mungkin sekata di semua tempat di seluruh Malaysia.

Apakah akan berlaku perubahan yang sedang digerakkan secara diam mahupun terang? Apakah tsunami Melayu kali ini akan memberi kelebihan kepada PAS di kawasan-kawasan Melayu?

Riak risiknya sudah ke arah itu, namun isu isu “silap mata” saat akhir samada blackout atau pada kertas undi, semua ini sedang diperhati rakyat bagaimana aksi BN untuk bertahan dengan taktik yang umum ketahui.

Apapun saya telah mengundi calon PAS, Ustaz Masdi Musa dan Ustaz Mustafa Daharun bagi memastikan road map PAS menerajui negara jadi realiti. – HARAKAHDAILY 9/5/2018

- Advertisement -