Ikrar Adun PAS Jabi

- Advertisement -

TERIMA kasih kerana mengundi PAS di N.05 Jabi dan menyumbang segalanya sehingga Allah mengurniakan kemenangan ini yang menjadi milik kita bersama.

- Advertisement -

Saya terima amanah berat ini dengan istighfar dan tawadu’. Bantulah saya ketika saya benar dan perbetulkan ketika saya silap. Semoga kita dirahmati Allah.

Beberapa langkah awal saya ke arah memikul tanggungjawab sebagai Adun Jabi.

●     Klinik di Kubang Kerian akan berpindah milik kepada pemilik baru. Ia bukan lagi Klinik Gigi Dr Azman.

●     Pejabat MTD Jabi, Masjid Lama Jabi akan menjadi Pusat Khidmat Adun Jabi.

●     Tempat tinggal saya ialah di rumah ayahanda di Kampung Bukit Tanah, Besut.

Menang dengan majoriti tipis tak sampai 100 undi? Biasa saja. BN pernah menang di Jabi 1995 dengan majoriti 27 undi sahaja. Kerajaan PAS Kelantan pernah bertahan dengan kelebihan satu kerusi sahaja. Satu dari kerusi iaitu Kemuning hanya dimenangi dengan majoriti 2 undi.

Lagi pun saya hanya calon underdog kitar semula. Kali ketiga masuk gelanggang baru menang. Lawan pula juara bertahan Umno-BN yang memiliki peruntukan puluhan juta ringgit. Kita pula hanya kerja dengan modal poket sendiri.

Dalam demokrasi menang ialah menang. Kalah tetap kalah walau dengan beza satu undi sahaja.

Khidmat dan tanggungjawab saya untuk semua rakyat Jabi sama ada yang mengundi saya atau tidak. Masa PRU kita berlawan, selepas PRU, mereka semua adalah rakyat yang wajib saya santuni tanpa pilih kasih dan diskriminasi.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/5/2018

- Advertisement -