Siaran langsung keputusan PRU14 di TVPAS dan HijauFM

Kamaruzaman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad mengumumkan bahawa PAS akan mengadakan siaran langsung berkaitan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di TVPAS dan Hijau FM.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dibuat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Beliau memaklumkan bahawa siaran langsung yang akan mengemaskini keputusan PRU14 daripada 196 Kawasan Pusat Operasi PAS dan Gagasan Sejahtera di seluruh negara akan bermula pada jam 5.30 petang.

Kempen kibar bendera PAS

Kamaruzaman juga menghebahkan bahawa PAS dan Gagasan sejahtera melancarkan kempen kibar bendera PAS yang mewakili Gagasan Sejahtera.

Beliau menjelaskan bahawa kempen tersebut bertujuan bagi menyemarakkan lagi semangat pilihan raya dan sebagai tanda sokongan rakyat kepada PAS dan Gagasan Sejahtera. – HARAKAHDAILY 8/5/2018

- Advertisement -