Terkejut tanahnya ada nama pemimpin Umno

- Advertisement -

TUMPAT: Kalau sebelum ini seorang pemuda yang dikaitkan kes liwat pemimpin politik, Saiful Bukhari seringkali melafazkan sumpah bagi menegakkan dakwaannya benar-benar diliwat.

- Advertisement -

Namun kali ini tiba-tiba seorang pemimpin Umno pula membuat sumpah dengan nama Allah berkaitan isu pembelian tanah yang didakwa tidak diketahui pemilik asalnya.

Tanah milik seorang penduduk Zaibah Ali, 59 di Kampung Kubang Batang dikatakan terlepas ke tangan seorang pemimpin Umno.

Seorang penduduk tempatan, Suhaidi Yasim berkata, pemimpin Umno terbabit tidak berurusan dengan pemilik sebenar tanah terbabit sebaliknya menggunakan anaknya yang difahamkan bermasalah.

Katanya, telah berlaku transaksi pertukaran hak milik tanah tersebut kepada pemimpin Umno terbabit yang menjadi calon di sebuah Dun di Tumpat.

“Membeli tanah daripada orang lain yang tidak mendapat persetujuan ibunya. Saya difahamkan calon Umno terbabit sudah beberapa kali menawarkan untuk memiliki tanah itu ketika arwah suami Zaibah masih ada.

“Namun keluarga pemilik tanah tidak mahu menjualnya. Dan setelah suaminya meninggal beberapa kali lagi pemimpin Umno datang menawarkan untuk membeli tanah miliknya,” kata beliau di sini.

Semalam pemimpin Umno bersumpah dan membuat laporan polis ekoran tersebar di media baru dia membeli sekeping tanah milik seorang penduduk di Kampung Kubang Batang.

Malah mangsa juga membuat laporan terhadap pertukaran hak milik tanahnya kepada pemimpin Umno terbabit tanpa pengetahuannya.

Difahamkan tanah itu dibayar lebih RM100,000 kepada seorang anak mangsa. Dan sejak menerima bayaran itu anaknya difahamkan tidak kembali ke rumah emaknya.

Suhaidi juga berkata, turut menjadi kemusykilan bagaimana pertukaran hak milik tanah itu dibuat tanpa pengetahuan Zaibah yang mewarisi tanah itu daripada arwah suaminya.

Kata beliau kemungkinan berlaku penipuan tandatangan sehingga pertukaran hak milik boleh berlaku dengan mudah. – HARAKAHDAILY 8/5/2018

- Advertisement -