Pembawa agenda Islam-Melayu mampu menang

- Advertisement -

HIMPUNAN Deklarasi 500 NGO NGI Islam pada 7 Mei di Hotel Bangi Putrajaya telah bersepakat untuk menggerakkan keseluruhan ahli-ahli di bawah NGO masing-masing yang berjumlah lebih 5 juta orang untuk mempertegaskan sokongan yang jelas bagi memberi undi kepada calon dan parti yang mampu memperkasakan kedaulatan Islam dan sekali gus menolak parti dan calon yang membawa agenda yang cuba menghakis Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

Sokongan ini mampu untuk memberi kemenangan kepada calon dan parti yang membawa agenda Islam yang lebih sejahtera yang juga sebagai agama dan kaum yang majoriti dalam negara yang memberi kestabilan kepada politik negara.

Gerakkan Tsunami Islam Melayu mampu akan berlaku pada PRU ke-14, esok sekiranya lebih 5 juta ahli-ahli NGO NGI Islam membuat keputusan yang tepat untuk menyokong agenda memperkasakan kedaulatan Islam.

Terdapat sokongan yang kuat bahawa calon-calon dan parti yang membawa agenda yang mendukung Islam telah mendapat sokongan yang hebat dan luar biasa daripada ahli-ahli Ummah.

MOHD ZAI MUSTAFA 
Pengarah Himpunan NGO NGI Ummah – HARAKAHDAILY 8/5/2018

- Advertisement -