PAS seru rakyat turun mengundi

Kamaruzaman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab turun mengundi bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang di seluruh negara.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dibuat di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sebentar tadi. Beliau menjelaskan bahawa penting bagi rakyat turun mengundi untuk memilih pemimpin bagi menentukan masa depan negara untuk 5 tahun akan datang.

Pakej tawaran Gagasan Sejahtera

Kamaruzaman yang juga merupakan Jurucakap Gagasan Sejahtera menyeru rakyat Malaysia untuk mengundi calon daripada PAS dan Gagasan Sejahtera.

Beliau menjelaskan bahawa PAS melalui pakej tawaran Gagasan Sejahtera yang memuatkan pakej Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau, Manifesto Malaysia Sejahtera (MMS) dan calon-calon yang berintegriti dan berkelayakan dalam banyak bidang kepakaran meliputi bidang agama dan profesional.

Deklarasi Himpunan Ummah

Kamaruzaman menyebutkan bahawa PAS dan Gagasan Sejahtera akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk merealisasikan 7 perkara yang diputuskan dalam Himpunan Ummah tersebut.

Beliau juga menyeru seluruh umat Islam meliputi Melayu Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang untuk menyokong deklarasi himpunan tersebut  yang selari dengan Perlembagaan Malaysia ke arah membina Malaysia yang lebih harmoni, tenteram dan maju selaras dengan Rukun Negara Malaysia yang ketiga iaitu keluhuran perlembagaan. – HARAKAHDAILY 8/5/2018

- Advertisement -