Mujahid angkat musuh politik bapa calon PM

SyahirSulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata, calon PKR bagi Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof mengangkat Tun Mahathir Mohamad yang dahulunya adalah musuh politik bapanya.

- Advertisement -

Katanya, Haji Yusof Rawa pernah mengalahkan Mahathir dalam Pilihan Raya Umum 1969 di kawasan Parlimen di Kedah.

Tambahnya, Mujahid dengan bangganya menaikkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya lagi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah menentang Mahathir atas dasar prinsip PAS yang membawa Islam sebagai asas pemerintahan.

“Tahun 1969 si bapa menentang Tun Dr Mahathir dalam kerusi Parlimen yang sama, di atas kertas undi yang sama dan mengalahkan musuh tersebut.

“Mana mungkin seorang anak mahu mengangkat musuh yang telah dikalahkan oleh si bapa tadi sebagai calon Perdana Menteri,” ujar beliau hari ini.

Tegas beliau, anak muda tidak akan menerima sikap seorang anak yang menyalahi prinsip bapanya apatah lagi anak yang tidak mendapat restu ibunya lalu bertanding atas tiket parti yang ditentang bapanya.

Mahathir bertanding dan kalah dalam pertembungannya dengan Tuan Guru Yusof Rawa dalam PRU4 pada 1969 di Parlimen Kota Setar Selatan.

Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan ramai anak-anak bekas pimpinan PAS bertanding dengan tiket PH seperti Mujahid, Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Abdul Aziz. – HARAKAHDAILY 7/5/2018

- Advertisement -